Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Tiga maut dalam kebakaran kontena

2025-11-07 HaiPress

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI,7 November - Tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia,dekat Pelabuhan Tanjung Pelepas,di sini,pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan,tiga mangsa terkorban melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun,serta dua warga asing dari Filipina dan Britain berusia lingkungan 40-an.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.23 tengah hari sebelum sembilan anggota bomba tiba di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Kebakaran disyaki berlaku ketika kerja pemunggahan kontena dijalankan di bawah geladak Blok 5 kapal berkenaan.

Tiga mangsa cedera,termasuk seorang lelaki tempatan dan dua warga Filipina,dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri,untuk rawatan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap