Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Misi GSF: Sukarelawan Malaysia siap sedia teruskan pelayaran ke Gaza

2025-09-18 HaiPress

Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan Itali dan bersiap sedia meneruskan pelayaran ke Gaza / Foto Hiasan / AFP

KUALA LUMPUR,18 September – Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan Itali dan bersiap sedia meneruskan pelayaran ke Gaza bagi membawa bantuan serta menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Pengarah Media Muslim Care Malaysia,Tuan Asri Tuan Hussein berkata kumpulan itu sedang menunggu ketibaan bot flotilla dari Sepanyol dan Tunisia sebelum berlayar bersama ke wilayah bergolak berkenaan.

"Kami menerima maklumat mengatakan kita akan bergabung dengan mereka di tengah laut selain difahamkan mereka telah hampir tiba ke sini. Bagaimanapun,kita akan tunggu mereka datang ke sini kerana berkemungkinan mereka mahu mengambil bekalan,membaik pulih kerosakan bot atau sebagainya," katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Pengarah Media Muslim Care Malaysia,Tuan Asri Tuan Hussein
Tuan Asri yang juga peserta misi tersebut berkata,pasukannya bersama 17 bot flotilla telah berlabuh di Teluk Portopalo di Capo Passero sejak tiga hari lalu selepas 10 jam belayar dari Agusta.Terdahulu,pelayaran GSF merentasi Laut Mediteranean dengan membawa makanan,ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada bulan ini.Secara keseluruhan,GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian kerajaan seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah,Asia,Afrika Selatan,Amerika Latin dan Asia Barat,dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap