2025-09-18
HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,18 September- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat serta angin kencang hingga pukul 12.00 tengah hari ini,di lima negeri.
Amaran tersebut membabitkan beberapa tempat di Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi ini,MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi,Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Yan,Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
Di Perak pula,kawasan yang dijangka terbabit ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor di Sabak Bernam.