2025-09-18
HaiPress
JBPM
SAMARAHAN,18 September- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dari perahu ketika memancing bersama seorang rakan di Kampung Empila,awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan,Christian Olas ketika dihubungi RTM berkata,saksi hanya mendengar jeritan mangsa sebelum dia hilang daripada pandangan.
Beliau berkata pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa disambar buaya atau ada unsur lain.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.