Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Ekonomi negara tumbuh 5.2% setahun, pelaburan capai RM1.29 trilion

2025-07-31 IDOPRESS

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.2 peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2024,meskipun berdepan ketidaktentuan dan cabaran ekonomi global / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,31 Julai – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.2 peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2024,meskipun berdepan ketidaktentuan dan cabaran ekonomi global.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan itu didorong kekuatan dalam sektor perkhidmatan,pembuatan dan pembinaan,serta perbelanjaan sektor swasta yang mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus setahun dari segi permintaan domestik.

"Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM1.29 trilion,meningkat pada kadar 23.1% setahun. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam sejarah,iaitu RM384 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen,hari ini.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen / Foto Bernama
Dalam ucapannya,Datuk Seri Anwar turut memaklumkan bahawa kadar inflasi negara kekal terkawal pada paras 1.1 peratus bagi Jun 2025,mencerminkan kestabilan harga dan keyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara.Sementara itu,Datuk Seri Anwar turut memaklumkan kadar defisit fiskal negara berjaya dikurangkan secara konsisten setiap tahun,iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022,kepada 5.0 peratus (2023),4.1 peratus (2024) dan disasarkan 3.8 peratus pada 2025."Pengurangan kadar defisit juga bermakna,Kerajaan ini berjaya turunkan komitmen hutang baharu iaitu daripada sekitar RM99 bilion (2022); kepada RM92.6 bilion (2023); seterusnya RM76.8 bilion ringgit (2024)," katanya.Dengan pencapaian tersebut,Datuk Seri Anwar menegaskan Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran defisit fiskal 3 peratus,sekali gus mengurangkan beban hutang baharu negara setiap tahun.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap