Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Nooh Gadot, Tawfiq Al-Rabiah dinobat Tokoh Maal Hijrah 1447H

2025-06-27 IDOPRESS

Datuk Dr. Nooh Gadot (dua dari kiri) dan TYT Dr. Tawfiq Muhammed Al-Rabiah (dua dari kanan) dinobat penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1447H/2025M

KUALA LUMPUR,27 Jun- Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI),Datuk Dr. Nooh Gadot diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.

Pemilihan itu dibuat atas sumbangan besar beliau dalam bidang syariah dan kefatwaan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa demi pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.

"Syukur dan terima kasih kepada yang telah mencadangkan nama saya. Saya sendiri tidak menyangka,apabila Datuk Dr. Na'im memaklumkan bahawa saya akan terbang ke Kuala Lumpur. Masya-Allah,satu kejutan buat saya.

Mudah-mudahan kita semua berdoa kepada Allah agar tahun ini berlaku satu perubahan paradigma yang perlu kita fikirkan bersama,bukan hanya dari segi zahir. Hijrah ini tidak akan pernah tamat sampai bila-bila.

Dan akhirnya,konsep Madani yang ingin kita laksanakan,yang telah mula digerakkan bukan semata-mata untuk dipamerkan kepada luar,tetapi perlu bermula dari dalaman diri kita sendiri," kata Datuk

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menerima kurnia Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim.

Sementara itu,Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa tahun ini diberikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi,Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq Muhammed Al-Rabiah.

Beliau merupakan seorang tokoh reformis yang berpengaruh dalam mentransformasikan sektor kesihatan dan perindustrian,selain berjaya memodenkan perkhidmatan jemaah menerusi inisiatif digital dan kerjasama antarabangsa selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap