Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Lawatan rasmi Presiden Kyrgyz ke Malaysia disambut penuh istiadat

2025-06-25 HaiPress

Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Japarov memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja pada Istiadat Sambutan Rasmi di Dataran Perdana,Bangunan Perdana Putra

PUTRAJAYA,25 Jun - Presiden Republik Kyrgyz,Sadr Zhaparov diberi sambutan rasmi dengan penuh istiadat di Perdana Putra sempena lawatan dua hari beliau ke Malaysia.

Ketibaan beliau pada 9.00 pagi disambut oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda penghormatan.

Presiden Zhaparov kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai oleh Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan barisan Menteri Kerajaan Perpaduan.

Selepas ini,dijadualkan berlangsung mesyuarat dua hala antara Datuk Seri Anwar dan Zhapravo sebelum disusuli mesyuarat delegasi.

Tumpuan perbincangan akan terarah dalam usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Kemudian,sesi sidang media bersama Perdana Menteri dan Presiden Kyrgyz dijangka diadakan sekitar pukul 10.45 pagi ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap