Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

TPM tiba di Moscow untuk lawatan 3 hari

2025-06-25 HaiPress

Foto RTM

MOSCOW,25 Jun - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Moscow,7.20 minit malam waktu tempatan pada Selasa bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di Rusia.

Ketibaan Datuk Seri Fadillah,yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,disambut Duta Besar Malaysia Ke Rusia,Datuk Cheong Loon Lai.

Turut serta dalam lawatan itu,Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin.

Sejurus tiba,Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni kakitangan pejabat kedutaan Malaysia di Rusia.

Sepanjang berada di sana,beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat beliau,Alexei Overchuk.

Datuk Seri Fadillah turut dijadualkan mengadakan lawatan teknikal ke Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di Leningrad St Petersburg,bagi meninjau teknologi nuklear terkini dan piawaian keselamatan antarabangsa.

Beliau akan turut mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah ROSATOM,Alexey Lichachev,bagi memahami dengan lebih mendalam landskap institusi,teknikal dan peraturan dalam pembangunan tenaga nuklear Rusia.

Rangka lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri bakal diakhiri dengan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Rusia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap