Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Sokongan, kerjasama rentas sektor cipta kemenangan MAWO

2025-06-24 IDOPRESS

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

SEPANG,23 Jun- Sokongan dan kerjasama pelbagai pihak membawa kemenangan MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab,FELDA Trolak pada Festival Antarabangsa Orkestra Tiupan 2025 di Prague,Republik Czech sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Pengerusi FELDA,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,beliau amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong MAWO sehingga pasukan itu berjaya merangkul Anugerah Emas Golden Diploma Award pada festival itu.

Beliau turut memberi penghargaan khusus berikutan sokongan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman.

"Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian dalam bidang muzik,tetapi merupakan lambang semangat,iltizam dan jati diri anak-anak dan cucu-cucu FELDA yang membuktikan bahawa impian besar mampu direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menanti kepulangan kumpulan MAWO dari di Prague,Republik Czech yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kejayaan itu juga perlu dikembangkan secara berterusan,termasuk diberi peluang membuat persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan akan datang.

Adwa Syazani Mohd Soleh
Sementara itu,Kapten MAWO,Adwa Syazani Mohd Soleh berkata,beliau berhasrat untuk terus menyumbangkan kepada kumpulan tersebut selepas tamat persekolahan,untuk membantu pasukannya terus berkembang di peringkat global."Berkenaan hala tuju selepas ini,saya berhasrat untuk kembali menyumbang kepada MAWO,seperti mana alumni sebelum ini yang banyak membantu kami dalam pertandingan."Saya juga ingin menjadi sebahagian daripada generasi yang menyokong pasukan ini pada masa akan datang," katanya.Sebelum ini,MAWO juga meraih Golden Diploma Award pada Festival Antarabangsa Wind Orchestras Prague 2025.Mawo menewaskan tujuh kumpulan orkestra lain dari enam negara Eropah dalam kategori 'middle class',dan dinobatkan sebagai penerima markah tertinggi berdasarkan kualiti persembahan,kecekapan teknikal dan penguasaan komposisi muzik bertaraf antarabangsa.Festival yang berlangsung pada 20 dan 21 Jun di Republik Czech itu turut disertai 13 kumpulan dari 11 negara,dengan Malaysia merupakan wakil tunggal dari Asia.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap