2025-06-05
HaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 Jun— 65 ekor lembu korban telah diserahkan kepada 61 penerima melibatkan beberapa masjid,surau dan agensi lain di sekitar Bandar Tun Razak bersempena Hari Raya Aidiladha.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata,lembu-lembu berkenaan adalah hasil sumbangan beberapa individu.
Dalam ucapannya,beliau sempat berkongsi ibrah dan pengajaran dalam pelaksanaan ibadah korban melalui kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
“Melalui agihan daging korban kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan,kita dapat memperkukuh ikatan silaturrahim serta memastikan tiada siapa yang terpinggir dalam menerima rezeki yang Allah kurniakan,” katanya.
Beliau juga berharap agar segala pengorbanan dan amal jariah yang dilakukan diterima sebagai amal soleh serta bekalan di akhirat kelak.
Majlis tersebut turut dihadiri penduduk setempat,pemimpin komuniti dan wakil institusi keagamaan.