2025-06-05
HaiPress
Timbalan Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka,Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem / Foto RTM
AYER KEROH,MELAKA,4 Jun – Penipuan dalam talian atau scam di Melaka mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM30.85 juta melibatkan 934 kes setakat 2 Jun lalu,menurut Timbalan Exco Sains,Inovasi dan Komunikasi Digital negeri,Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Daripada jumlah tersebut,531 tangkapan telah dibuat,manakala 312 pertuduhan telah dikemukakan ke atas individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai bentuk penipuan digital.
Beliau turut mendedahkan bahawa golongan profesional seperti pegawai dan pengurus bank serta usahawan korporat kini antara mangsa utama dan tidak terhad kepada orang awam atau penjawat awam biasa.
“Yang menarik kali ini,golongan bijak pandai turut menjadi mangsa. Pegawai bank,pengurus bank,usahawan pun ada yang tertipu. Hari ini,golongan profesional juga menyumbang kepada jumlah kerugian ini,” katanya.
Antara bentuk penipuan yang paling banyak direkodkan termasuk penipuan pelaburan,pencarian kerja dalam talian,dan penipuan urus niaga perniagaan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Content Creator Kempen Kesedaran Jenayah Scammer di MITC,Ayer Keroh yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia Melaka.
Seramai 50 Ketua Komuniti Madani menyertai bengkel itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah siber.