Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2025-05-07 HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,6 Mei - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.09 bilion daripada RM22.34 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam,ia naik kepada RM23.90 bilion daripada RM23.11 bilion sebelum ini.

Terdahulu,bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik,satu tender repo berbalik Islam dan satu tender repo berbalik semalaman.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM29.0 bilion kepada RM31.1 bilion.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM23.90 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 5 Mei. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap