Rumah Berita Teknologi Maklumat perniagaan jenama kereta Komuniti kewangan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Pendidikan Permainan Hiburan Fesyen Kehidupan Ibu bapa-anak Sukan Makanan Anak Kesihatan Hotel Cerdas

Pembantu Penerbitan RTM meninggal dunia akibat sesak nafas

2024-12-02 HaiPress

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.30 pagi di kediamannya di Klang,Selangor / Foto RTM

KLANG,2 Disember – Pembantu Penerbitan,Unit Majalah dan Dokumentari Radio Televisyen Malaysia (RTM),Mohd Khairuddin Mat Zaib,42,meninggal dunia awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.30 pagi di kediamannya di Klang,Selangor.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat sebelum dimandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Batu Belah,Klang.

Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.

Mohd Khairuddin telah berkhidmat selama 18 tahun bersama RTM.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada keluarga,rakan sekerja dan seluruh warga RTM.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap