Rumah Berita Teknologi Maklumat perniagaan jenama kereta Komuniti kewangan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Pendidikan Permainan Hiburan Fesyen Kehidupan Ibu bapa-anak Sukan Makanan Anak Kesihatan Hotel Cerdas

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

2024-11-30 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,30 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat menerusi operasi hariannya mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM28.10 bilion daripada RM34.50 bilion pada akhir minggu lepas.

Dalam sistem Islam pula,mudah tunai meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM18 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus setakat 28 November.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap