2024-11-19 HaiPress
Foto FB Anwar Ibrahim
RIO DE JANEIRO,18 November- Kerajaan MADANI komited membawa perubahan besar kepada negara.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketikamenghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini menyatakan bahawa kerajaan kini mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk melaksanakan dasar serta polisi yang memanfaatkan rakyat.
Selain itu,Kerajaan MADANI juga menegaskan tidak akan berkompromi terhadap isu rasuah.
"Saya turut singgung siri lawatan ke beberapa negara memberi impak positif,bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala,tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia.
"Justeru,saya memohon agar rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Dalam pada itu,menerusilawatan kerja dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil,Anwar mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil daripada industri semikonduktor Malaysia serta Brazil.
Anwar turut mengambil bahagian dalam sesi meja bulat bersama ketua-ketua industri di negara itu.
"Hari kedua di Brazil dimulakan dengan pertemuan bersama komuniti Islam di Rio de Janeiro.
"Saya kemudiannya mengadakan pertemuan yang penuh bermakna dalam suasana persahabatan dengan Presiden Brazil,Luiz Inacio Lula da Silva.
"Selain itu,berkesempatan hadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung,pengeluaran,penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia," katanya.
BERITA BERKAITAN:
Kerjasama semikonduktor Malaysia-Brazil,bawa manfaat kepada ASEAN
PM serah al-Quran cetakan khas kepada komuniti Islam Brazil
Presiden Brazil terima undangan Anwar ke Sidang Kemuncak ASEAN
Malaysia,Brazil mahu tingkat kerjasama pendidikan,penyelidikan & pembangunan
PM selamat tiba di Brazil,hadir Sidang Kemuncak G20