Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

MKI putuskan, hukum bayar zakat kepada amil negeri lain, tidak sah

2024-11-14 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,14 November - Hukum membayar zakat kepada pihak yang tidak dilantik sebagai amil atau ejen zakat untuk negeri tersebut adalah tidak sah.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Datuk Dr Nooh Gadot berkata,lantikan atau tauliah yang diberikan Majlis Agama lslam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat sah di sisi hukum syarak.

Bagaimanapun hanya terpakai di dalam sempadan negeri atau bidang kuasa MAIN memberi tauliah tersebut sahaja.

"Keputusan yang dicapai pada Muzakarah MKI kali ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September 2024 itu turut menerangkan,amil atau ejen yang mengutip zakat di luar daripada sempadan negeri adalah bercanggah dengan undang-undang zakat yang berkuat kuasa di negeri- negeri.

"Malah,perbuatan memindahkan hasil kutipan zakat ke negeri lain juga tidak sah dan bercanggah dengan syarat-syarat yang membenarkan zakat dipindahkan mengikut hukum syarak," kata Dr Nooh dalam satu kenyataan.

Selain itu,hukum mengembalikan sebahagian hasil kutipan zakat kepada individu atau organisasi yang menjalankan tugas sebagai amil atau ejen zakat atas prinsip upah menggunakan wang zakat yang dipungut di luar dari sempadan negeri yang mengeluarkan tauliah tersebut juga tidak sah.

Ini kerana mereka tidak dianggap sebagai amil di negeri tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap