Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Anwar pelawa Presiden Peru ke Malaysia tahun depan

2024-11-14 HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim

LIMA,14 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra untuk berkunjung ke Malaysia tahun depan.

"Saya turut mempelawa Presiden Boluarte dan delegasi Peru untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan.

"Kami berdua juga menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU),iaitu antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU)," kata Anwar selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin itu di Istana Kerajaan di sini,menerusi status di Facebook.

Beliau optimis hubungan Malaysia dan Peru akan berkembang pesat dengan pelbagai kerjasama antara kedua-dua negara.

Mesyuarat itu adalah susulan pertemuan pertama mereka di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco,Amerika Syarikat pada November 2023.

Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin itu membincangkan peluang kolaborasi ekonomi antara kedua-dua negara selain Kerjasama Selatan-Selatan.

Malaysia membayangkan menubuhkan ekosistem halal di Peru dengan memanfaatkan pembangunan Pelabuhan Chancay sebagai laluan strategik bagi mengeksport produk halal negara menembusi pasaran Amerika Latin.

"Malaysia sedar kepentingan pelabuhan yang baharu dibangunkan ini dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur di pelabuhan tersebut," kata Perdana Menteri.

Turut dibincangkan adalah soal kerjasama dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap