Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Kurangkan konflik, Johor wujudkan 21 lokasi bank makanan gajah

2024-11-12 HaiPress

Johor merancang untuk mewujudkan 21 lokasi bank makanan khusus bagi gajah sebagai langkah jangka panjang dalam menangani konflik / Foto RTM

KOTA TINGGI,12 November – Johor merancang untuk mewujudkan 21 lokasi bank makanan khusus bagi gajah sebagai langkah jangka panjang dalam menangani konflik antara manusia dan gajah.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,Ling Tian Soon berkata empat lokasi bank makanan sudah beroperasi dan sedang dalam proses disiapkan,termasuk dua lokasi di Santuari Gajah Johor (JES),Kota Tinggi.

“Perhilitan bekerjasama dengan universiti dalam kajian ini,dan pendekatan terbaik ialah mewujudkan bank makanan untuk memastikan gajah mendapat bekalan makanan mencukupi tanpa melibatkan tangkapan atau mencederakan haiwan tersebut,” katanya selepas melawat Johor Elephant Sanctuary,di sini.

Bank makanan ini akan ditempatkan di laluan pergerakan gajah,terutamanya di Kota Tinggi,Kluang dan Mersing.

Kerajaan Negeri juga katanya bekerjasama dengan pemilik ladang bagi menanam rumput napier,pokok pisang,dan tebu untuk tujuan tersebut.

Dalam pada itu,sebanyak RM9 juta turut diperuntukkan untuk membina pagar elektrik sepanjang 16 kilometer di sekitar Hutan Panti,di sini.

Ini bagi menghalang gajah memasuki sembilan perkampungan berdekatan.

“Diharapkan inisiatif ini dapat mengurangkan konflik antara manusia dan gajah di kawasan ini sebanyak 50 peratus,” tambah Tian Soon.

Langkah jangka pendek seperti inisiatif tangkap dan pindah juga sedang dilaksanakan bagi mengurangkan masalah ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap