Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Kapal tangki bawa 70,000 liter minyak diesel tanpa kebenaran ditahan

2024-11-11 HaiPress

Kapal tangki bawa 70,000 liter minyak diesel tanpa kebenaran ditahan / Foto Ihsan Maritim Malaysia

LABUAN,11 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki di kedudukan 2.7 batu nautika dari Utara Pulau Kuraman.

Pengarah Zon Maritim Labuan,Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata,pada pukul 2.35 pagi,bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan di perairan Labuan,telah menahan sebuah kapal tangki dalam keadaan bergelap dan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut disyaki telah melanggar kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kapal yang berasal dari Miri,Sarawak itu membawa muatan minyak diesel lebih kurang 70,000 liter disyaki hasil daripada aktiviti pemindahan dari kapal ke kapal.

"Anggaran keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM1 juta," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kesemua rampasan dan tujuh anak kapal warga Indonesia berumur 21 tahun sehingga 51 tahun itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap