Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

133 tahanan warga asing dihantar pulang negara asal

2024-10-26 HaiPress

Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU,26 Oktober- Seramai 133 tahanan warga asing dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal sepanjang minggu ini.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menerusi Facebook memaklumkan bahawa kesemua warga asing itu dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan,termasuk di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Ini melibatkan 60 warga Indonesia,28 warga Pakistan,25 warga Myanmar,dan enam warga China.

"Kesemua tahanan telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara asal oleh kedutaan negara masing-masing.

"Mereka juga telah disenarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini dalam tempoh yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Pemindahan tersebut merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,Pontian,yang dilakukan secara berterusan sebagai usaha memastikan semua tahanan yang telah selesai menjalani hukuman segera dihantar pulang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap