Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Kerajaan laksana inisiatif bantu rakyat hadapi inflasi

2024-10-25 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,24 Oktober – Ketegangan geopolitik yang berterusan di peringkat global serta prospek pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2025 dijangka memberi tekanan terhadap kadar inflasi negara.

Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata bagi mengurangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup rakyat,kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan tunai.

“Program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025. Selain itu,inisiatif Payung Rahmah seperti Jualan Rahmah juga akan diperhebat dengan menawarkan barangan asas pada harga berpatutan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.

Hanifah turut menjelaskan bahawa kerajaan akan meningkatkan pendapatan rakyat melalui sistem saraan perkhidmatan awam,dasar gaji progresif,dan peningkatan kadar gaji minimum bagi sektor swasta.

Dalam usaha memperkukuh bekalan makanan,kerajaan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran bawang,ikan talapia merah,dan padi bagi memastikan jaminan makanan tempatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap