Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

KP Perak: Bunyi letupan, gegaran bukan gempa bumi, tiada latihan letupan

2024-10-21 HaiPress

Ipoh,Perak

IPOH,21 Oktober - Bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

Ketua Polis Perak,Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan menerima maklumat berkaitan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar daerah itu lebih kurang pada pukul 11.06 pagi tadi.

"Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi mendapati tidak terkesan sebarang aktiviti seismik di sekitar daerah itu walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera,Indonesia pada pukul 11.24 pagi tadi.

"Semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am,Ulu Kinta,mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.

"Begitu juga semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG),tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum pukul 12.00 tengah hari," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azizi berkata,pihaknya sedang menyiasat mengenai insiden itu.

Susulan itu,beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pusat kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073," katanya.

Terdahulu,Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak mengesahkan tiada kerja peletupan batu dijalankan pada pagi tadi.

Media sebelum ini pernah melaporkan insiden gegaran seumpama itu pernah berlaku dua kali pada Jun 2012 dan 4 Oktober 2018.

Kedua-dua kejadian itu berlaku antara 11.00 hingga 11.15 pagi.

Sehingga kini,bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak masih lagi menjadi misteri buat penduduk sekitar Ipoh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap