Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Tokoh perbankan Islam, Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun

2024-10-20 HaiPress

Tokoh perbankan Islam Malaysia,Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun

KUALA LUMPUR,20 Oktober - Seorang tokoh perbankan Islam Malaysia,Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun,pada pagi Ahad.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Berita duka itu disampaikan Bank Islam Malaysia Bhd menerusi catatan di laman rasmi Instagram bank tersebut.

Allahyarham yang lahir pada 28 Januari 1939 merupakan bekas Pengarah Urusan pertama Bank Islam yang telah membentuk asas kewangan Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan itu,Abdul Halim disifatkan sebagai pemimpin yang berwawasan,berdedikasi dan mempunyai semangat perintis yang meninggalkan impak yang berkekalan dalam pembangunan industri kewangan Islam negara.

"Sebagai peneraju pertama Bank Islam,beliau bukan sahaja menggalas cabaran untuk memperkenalkan sistem perbankan baharu,malah memimpin kami dengan kebijaksanaan dan visi jauh ke hadapan.

"Kepimpinan beliau sangat penting dalam merealisasikan impian,dengan sumbangan tidak terbilang yang akan sentiasa menjadi penanda asas perkembangan kami," menurut hantaran itu hari ini.

Tambah kenyataan itu,legasi Allahyarham bukan hanya terhad kepada Bank Islam sebagai institusi tetapi telah memberi manfaat kepada ramai masyarakat.

Ini termasuklah usaha beliau dalam memastikan kewangan Islam,seperti perbankan Islam,Takaful,dan pelbagai produk kewangan Islam yang lain,dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Selain pencapaian profesional,katanya Abdul Halim dikenali atas sifat yang berani,berintegriti tinggi,rendah hati dan sentiasa prihatin terhadap khidmat masyarakat.

"Pada saat duka ini,kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang Allahyarham,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap