Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Alam Flora berwajah baharu, perkenal tiga inisiatif baharu

2024-10-17 HaiPress

FOTO RTM

PUTRAJAYA,17 Oktober- Alam Flora Sdn Bhd kini berwajah baharu dengan memperkenalkan tiga inisiatif baharu sejajar dengan komitmen syarikat terhadap meningkatkan taraf pengurusan sisa pepejal daripada segi kecekapan,keselamatan dan teknologi.

Inisiatif tersebut merangkumi penggunaan jentera baru,pengeluaran baju seragam yang lebih selamat dan aplikasi ‘Super-App Recyclink’.

Menurut Pengerusi Alam Flora,Tan Sri Abu Kassim Mohamed,transformasi tersebut adalah sebahagian usaha menjadikan Malaysia negara yang lebih mesra alam dan mampan,sejajar dengan Sustainable Development Goals 11.

"Wajah baharu sama ada bentuk pakaian ataupun peralatan yang ada mestilah bersama dengan perubahan sikap dan tingkah laku yang perlu selari dengan visi dan misi syarikat ini," katanya.

Jelasnya lagi jentera baharu seperti lori kompaktor direka untuk meningkatkan kapasiti pengurusan sampah secara efisien,pakaian seragam baharu yang lebih selamat dikeluarkan sebagai penghargaan kepada pekerja serta mempertingkatkan taraf profesionalisme.

Tambahnya aplikasi ‘Super-App Recyclink’ merupakan platform yang bertujuan memupuk amalan kitar semula dalam kalangan orang ramai.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora,Badrulhisyam Fauzi,berkata kos sebanyak RM160 juta dikeluarkan bagi memastikan peralatan yang digunakan mencapai piawaian alam sekitar sedunia dan dapat mengurangkan jejak karbon.

Beliau berkata demikian pada pelancaran wajah baharu Alam Flora di Putrajaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap