Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong prospek eksport lebih tinggi

2024-09-24 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,23 September- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus kekal dalam aliran meningkat untuk ditutup tinggi bagi hari dagangan keempat berturut-turut pada Isnin.

Prestasi positif hari ini disokong oleh jangkaan terhadap prospek eksport yang lebih besar dalam keadaan pengeluaran lembap pada September.

Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa memberitahu Bernama bahawa jangkaan pembelian besar dari India menjelang permintaan sempena perayaan Deepavali dan peralihan sentimen terhadap tinjauan bekalan yang terhad pada suku pertama 2025 telah meningkatkan sentimen positif.

Sementara itu,peniaga minyak sawit David Ng berkata momentum meningkat berterusan yang dialami niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT) dalam tempoh semalaman juga mempengaruhi pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,900 dan rintangan pada RM4,050 satu tan,” katanya.

Pada penutupan dagangan,Oktober 2024 meningkat RM22 kepada RM4,049,November 2024 menokok RM32 kepada RM4,006,dan Disember 2024 yang menjadi penanda aras naik RM30 kepada RM3,977 satu tan.

Januari 2025 menambah RM23 kepada RM3,948,Februari 2025 naik RM16 kepada RM3,923 dan Mac 2025 meningkat RM14 kepada RM3,899 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 83,284 lot daripada 59,369 pada Jumaat lepas,manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 260,058 kontrak daripada 254,752 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menokok RM30 kepada RM4,100 satu tan. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap