Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM

2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO UUM

ALOR SETAR,22 September- Keinginan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana tidak pernah luntur walaupun berstatus tahanan di Penjara Alor Setar.

Berbekalkan keazaman yang tinggi,seorang tahanan penjara berjaya melengkapkan tesisnya dalam sesi viva yang telah dijalankan pada 18 September lalu.

Pelajar Sarjana Pengurusan bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh banduan sepertinya,asalkan mempunyai iltizam untuk berjaya.

"Penjara banyak mengajar erti kehidupan dengan memberi peluang untuk saya menimba pelbagai ilmu dan bangkit untuk terus maju ke hadapan.

"Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi peluang untuk saya kembali belajar,begitu juga UUM,khususnya penyelia saya,Prof. Madya Dr. Zulkiflee Daud dan Dr. Mazli Mutazam yang sentiasa sokongan untuk saya terus belajar walapun berada dalam penjara,” katanya.

Sesi viva tersebut dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hasnizam Shaari,manakala pemeriksa tesis terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hamran Mohamad (UPNM) dan Prof. Madya Dr. Abdul Sukor Shamsudin (UUM).

Sesi tersebut turut dihadiri oleh Dr. Nasirudin Haron sebagai Setiusaha dan Abdul Hafiz Abdul Halim sebagai Urusetia daripada SBM.

Pada Februari lalu,tahanan penjara itu berjaya mempertahankan tesis sarjananya di Penjara Alor Star.

Jabatan Penjara Malaysia sememangnya membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti pengajian yang lebih tinggi supaya penghuni berkenaan dapat mencorak masa depan lebih cerah apabila dibebaskan kelak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap