Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Jelajah PROTON e.MAS 7 bermula 5 Oktober, sasar teraju pasaran EV negara

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

SHAH ALAM,21 September - Proton Holdings Bhd yakin Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu pengeluar kereta nasional itu untuk mencapai matlamat menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata jelajah ke seluruh negara yang bermula 5 Okt 2024 sehingga awal November ini,akan membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan dengan lebih dekat model EV pertama Proton itu.

“Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C ini,jelajah itu akan memperlihatkan daya tahan Proton e.MAS 7,menunjukkan ketahanan baterinya,badan dan kabin yang mantap serta banyak lagi," katanya kepada Bernama selepas pelancaran jelajah itu di sini malam tadi.

Sementara itu,Proton dalam kenyataan berkata pelancaran jelajah itu turut menandakan kejayaan perjalanan panjang jelajah dunia pandu uji E5 Geely,dan kini Proton e.MAS 7 pula memulakan lembaran baharu inovasi dan menjelajah ke seluruh Malaysia.

"Jelajah Proton e.MAS 7 berhasrat untuk melibatkan rakyat Malaysia,menawarkan peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman dengan kenderaan itu memandangkan ia meliputi lebih 2,000 kilometer (km) merentas kepelbagaian rupa bumi,daripada jalan pesisir pantai ke kawasan pergunungan,yang menunjukkan keupayaannya,” kata Proton.

Menurut kenyataan itu,pusingan pertama jelajah itu akan diadakan di Negeri Sembilan,Melaka dan Johor sebelum ke Pahang,Terengganu dan Kelantan.

“Selepas itu ke Perak,Pulau Pinang,Kedah,dan Perlis,diteruskan melalui Kuala Lumpur dan Selangor,sebelum ke Malaysia Timur bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak," katanya.

Proton berkata strateginya adalah untuk meluaskan penerimagunaan EV dan mengukuhkan ekosistem tempatan,antaranya dengan mewujudkan perkongsian strategik dan berkongsi ilmu untuk menangani kebimbangan berkaitan sektor itu.

Menurutnya,selain itu kerjasama dengan Geely telah membolehkan Proton e.MAS 7 dibangunkan selari dengan Geely E5,menggabungkan teknologi bertaraf dunia dalam penyelesaian mampan yang disesuaikan khusus untuk rakyat Malaysia.

"Berdasarkan ketahanan dan kebolehpercayaan yang ditunjukkan Geely E5 ketika perjalanan sejauh 3,700 km dari China ke Malaysia,Proton e.MAS 7 direka untuk mengharungi pelbagai keadaan.

"Bermula dengan berdepan cuaca mencabar,sehingga mempamerkan kecemerlangan kejuruteraannya,Proton e.MAS 7 bersedia untuk meninggalkan impak yang berkekalan," katanya.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap