Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

AirAsia, Airbus jalin kerjasama majukan kelestarian penerbangan

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

AirAsia telah menjalin kerjasama dengan pengeluar pesawat terkemuka dari Eropah,Airbus,untuk memajukan penyelidikan berkaitan inisiatif kelestarian penerbangan di rantau ASEAN / Foto Hiasan / Bernama

BALI,20 September – AirAsia telah menjalin kerjasama dengan pengeluar pesawat terkemuka dari Eropah,untuk memajukan penyelidikan berkaitan inisiatif kelestarian penerbangan di rantau ASEAN dengan fokus utama pada pengurangan pelepasan karbon.

Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai,kedua-dua pihak akan meneroka pengeluaran Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) menggunakan bahan mentah alternatif dan teknologi terkini di Asia Tenggara.

"Kerjasama ini bertujuan mengenal pasti peluang untuk menyokong pembangunan komersial projek SAF di rantau ini.

"Selain itu,MoU ini juga menetapkan usaha bersama dalam meneroka langkah terkini pengurusan trafik udara (ATM) bagi mengurangkan pelepasan karbon," menurut AirAsia menerusi kenyataan.

AirAsia dan Airbus akan bekerjasama sebagai rakan kongsi di ASEAN dalam menguji keberkesanan pengeluaran SAF,sambil menyokong keperluan sektor penerbangan untuk melabur dalam penyelesaian kelestarian demi mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang 2050.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap