Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Pengukuhan ringgit bukti Kerajaan MADANI mampu ubah persepsi global

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan September di Kementeriannya di Putrajaya/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,20 September - Pengukuhan ringgit telah membuktikan Kerajaan MADANI mampu mengubah persepsi global dalam tempoh singkat terhadap asas ekonomi Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,kejayaan itu berdasarkan tiga rangka kerja utama yang dilancarkan tahun lepas iaitu dari Julai hingga Ogos.

Katanya,ini merangkumi Ekonomi MADANI,Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Dengan penerbitan tiga rangka kerja utama ini,kita telah saksikan satu perubahan cukup mendadak dalam tempoh singkat.

"Ringgit telah mencapai paras tertinggi RM4.19 berbanding dolar setakat 10:20 pagi tadi melepasi unjuran awal RM4.50 menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi,di sini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menekankan pencapaian lain termasuk peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau yakin Malaysia akan menjadi salah satu hab serantau utama bagi pengeluaran dan eksport semikonduktor di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ringgit terus positif,naik 7.86 peratus sehingga kini berbanding dolar AS

Ringgit lepasi paras 4.30 paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan

Ringgit diunjur terus mengukuh berbanding dolar AS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap