Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan di Marang

2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Seorang lelaki terkorban dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 23,Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kelulut,di Marang pada malam Sabtu/ Foto: PDRM

MARANG,15 September- Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer (KM) 23 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,di Kampung Kelulut,di sini,semalam.

Mangsa yang maut,Abdul Salim Mohamed Hashim,58,disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Machang,Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa berkata nahas itu melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR,dua kereta Perodua Myvi,sebuah Proton Saga dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang parkir di sebuah kedai makan berundur untuk keluar.

"Dalam masa sama,sebuah Proton Saga yang datang dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang Toyota Hilux itu.

"Akibat rempuhan itu,Proton Saga berkenaan terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua motosikal Yamaha Y15ZR serta dua Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan," katanya.

Mohd Razman berkata salah seorang penunggang motosikal terkorban dan telah dibawa ke Jabatan Forensik,Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),Kuala Terengganu.

Katanya,seorang lagi penunggang motosikal berusia 40 tahun dan pemandu salah sebuah Perodua Myvi berkenaan membabitkan seorang wanita berumur 22 tahun pula mengalami kecederaan serta dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Ujarnya,kes disiasat di bawah Seskyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat,Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 09-6182222 untuk membantu siasatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap