Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

MIDCF 2024 bakal jadi festival bufet durian terbesar

2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis perasmian Festival Durian dan Kebudayaan Antarabangsa Malaysia (MIDCF) 2024

KUALA LUMPUR,14 September- Festival Durian dan Kebudayaan Antarabangsa Malaysia (MIDCF) 2024 edisi ke-4 dijangka menjadi festival bufet durian terbesar.

Menerusi satu kenyataan,penganjur Duricious Sdn Bhd (Dking) memaklumkan penganjuran MIDCF 2024 bukan sahaja untuk meraikan durian Malaysia sebagai 'Raja Buah’ tetapi juga untuk mendidik pengunjung mengenai kepentingan dan proses penanaman durian.

MIDCF 2024 akan diadakan dari 11 hingga 16 September ini di Piazza Pavilion Bukit Jalil.

“Selain menawarkan bufet durian dengan pilihan yang pelbagai,festival itu turut memfokus kepada agropelancongan dengan menonjol amalan pertanian di sebalik buah ikonik itu.

“Pengunjung berpeluang belajar mengenai penanaman dunia sambil menikmati pelbagai sajian tempatan dan merasai pengalaman kehidupan tradisional di kampung dengan menginap di dusun,” menurut kenyataan Dking.

Sementara itu,pengasas DKing dan MIDCF Leron Yee berkata tujuan penganjuran acara itu adalah untuk mempromosikan durian dan budaya rakyat Malaysia,dengan harapan ia akan menjadi festival tahunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai “DurianFest” atau “Hari Durian”.

Beliau berkata MIDCF 2024 diharap dapat meluaskan pemahaman dan penghargaan terhadap raja buah itu serta meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi agropelancongan utama.

“Festival ini bermula 11 September lepas dan kami telah menerima kehadiran lebih 700 tetamu dari China yang datang untuk menikmati durian Malaysia. Lebih ramai dijangka hadir sepanjang festival ini yang menyasarkan 3,000 pengunjung tempatan dan 900 pengunjung luar negara dengan tambahan 1,000 orang lagi bagi acara Larian Durian esok,” katanya.

Acara anjuran Dking dengan kerjasama Durian Capital Bhd dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk P. Manoharan dan model terkenal Amber Chia sebagai duta jenama bagi MIDCF baru-baru ini.

Manoharan dalam ucapan pada majlis itu berkata Tourism Malaysia akan terus menyokong acara yang bertujuan mempromosikan durian dan budaya Malaysia dengan menonjolkan jenis durian paling terkenal di negara ini,Musang King.

Beliau juga berharap hasil kerjasama semua pihak akan mengangkat festival durian itu ke peringkat antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelancong dan penggemar durian dari seluruh dunia berkunjung ke Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap