Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Pesta Air Kuala Perlis kembali lagi selepas lima tahun

2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis perasmian Pesta Air Kuala Perlis 2024 disempurnakan Pemangku Raja Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,di sini malam tadi.

KUALA PERLIS,14 September- Selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019 sebelum terpaksa dihentikan berikutan pandemik COVID-19,Pesta Air Kuala Perlis kini kembali lagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata penganjuran edisi kali ini lebih meriah sekali gus bakal merancakkan lagi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 sebagai medium merapatkan hubungan masyarakat.

"Penganjuran pesta air itu juga secara tidak langsung memupuk kerjasama erat melibatkan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO),persatuan nelayan,komuniti dan masyarakat kampung serta wakil jabatan mahupun agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Hasilnya kita sama-sama dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan pada majlis (perasmian) yang penuh gilang-gemilang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Air Kuala Perlis 2024 yang disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,di sini malam tadi.

Turut berangkat sama,Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pentas sempena perasmian berkenaan disediakan di atas muara sungai yang dihiasi lampu-lampu di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis sekali gus menyerlah suasana pada majlis itu.

Sementara itu,Che Murad pula berkata,kerajaan negeri melihat bahawa Pesta Air Kuala Perlis wajar dihidupkan semula memandangkan ianya merupakan salah satu produk pelancongan yang sangat diminati dan berupaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

“Kerajaan negeri yakin dan percaya bahawa penganjuran pesta air ini merupakan salah satu medium untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat khusus menarik minat generasi muda disamping memberikan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan nilai warisan yang diperturunkan dari satu generasi ke genarasi yang lain,” katanya.

Pesta Air Kuala Perlis 2024 bermula 12 hingga 15 September menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan keceriaan kampung,program malam kebudayaan dan pertandingan kayuhan perahu tradisional selain beberapa pertandingan lain seperti panjat tiang licin dan menjala ikan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap