Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

KL kekal hab LCC dengan ketersambungan tertinggi Asia Pasifik

2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,11 September- Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan sebagai hab penerbangan tambang rendah (LCC) dengan kesambungan tertinggi di Asia Pasifik.

Berdasarkan data Megahab OAG 2024,sebanyak 14,583 kesambungan penerbangan kos rendah ditawarkan,meliputi 137 destinasi.

Indeks tersebut meletakkan Kuala Lumpur mendahului lapangan terbang lain termasuk di Singapura,Incheon dan San Diego dalam senarai 25 teratas bagi kategori LCC.

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia,mendominasi 35 peratus daripada jumlah penerbangan dan 48 peratus daripada semua kapasiti LCC.

Kuala Lumpur juga berada di kedudukan kedua tahun ini,dalam senarai 50 lapangan terbang paling berhubung di dunia.

Nisbah kesambungan yang tinggi bagi destinasi ditawarkan,mendorong negara melonjak dua anak tangga keempat tahun lalu.

Data indeks turut menunjukkan pemulihan berterusan bagi pasaran Asia Pasifik didorong peningkatan perjalanan udara antarabangsa dan permintaan kukuh untuk penerbangan kos rendah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap