Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Cemar negara & terlibat jenayah, Agong titah tarik darjah kebesaran

2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Ibrahim bertitah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang,serta Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara

KUALA LUMPUR,7 September- Yang Dipertuan Agong,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran akan menarik semula Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan sekiranya penerima darjah terlibat dengan sebarang jenayah.

Baginda bertitah,penerima pingat dan darjah perlu jujur dan amanah serta menjaga tingkah laku agar tidak mencemarkan nama negara.

"Sekiranya ada penerima mencemarkan nama negara atau lakukan jenayah maka segala darjah pingat akan ditarik balik. Good bye to it.

"Sehubungan itu saya telah arahkan kerajaan untuk semak senarai banduan di semua penjara,mana-mana banduan ada darjah kebesaran makan ianya akan ditarik balik.

"Hal ini hanyalah untuk Darjah Persekutuan dan Wilayah Persekutuan,darjah negeri-negeri lain saya tidak campur," titah baginda.

Sementara itu,Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa suka cita atas pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Baginda menitahkan agar semua pemimpin dan anggota pentadbiran terus menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

Baginda turut menitahkan rakyat agar terus bersatu-padu dan menghayati Rukun Negara.

Baginda bertitah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,serta Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap