Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

JIM Johor tahan 305 PATI, dua majikan

2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM

JOHOR BAHRU,7 September- Seramai 307 individu termasuk dua majikan tempatan ditahan Jabatan Imigresen,JIM Negeri Johor dalam dua operasi berasingan di sekitar Johor Bahru,semalam.

Pengarah Imigresen Johor,Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata,Ops Mahir di kilang memproes kertas berjaya menahan seramai 167 suspek manakala Ops Kutip di tapak pembinaan seramai 140 suspek.

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan terdiri daripada warga China,Bangladesh,Myanmar,Indonesia,Sri Lanka dan Pakistan.

Ketika serbuan di tapak pembinaan,rata-rata PATI cuba melarikan diri,namun berjaya ditahan.

"Satu PATI telah melarikan diri apabila dikejar ataupun diperiksa oleh anggota saya,maknanya dia telah melarikan diri dan dia terjun di satu kolam bila dia terserempak,bila dia ketakutan tu dia akan cuba pelbagai cara melepaskan diri..salah satunya dia terjun ke dalam kolam takungan," katanya.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki sebarang permit sah,salahguna pas lawatan,tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Operasi dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan awal oleh pihaknya,seminggu yang lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c),Seksyen 15(1)(c),Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 11(7)(a),Peraturan 17(b),Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap