Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Imej buaya itu yang dirakam dron Jabatan Perhilitan di Taman Tasik Seksyen 7,Shah Alam,petang semalam

SHAH ALAM,5 September- Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor,buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini berjaya ditangkap,malam tadi.

Pengarah Perhilitan Selangor,Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam,ketika pemeriksaan dijalankan anggotanya.

Beliau berkata berikutan kejayaan tersebut Perhilitan Selangor akan mengadakan pemantauan susulan selama dua hari dan kawasan berkenaan akan ditutup bagi tempoh sama pada waktu malam,bagi memastikan tiada buaya lain di dalam tasik itu.

"Alhamdulillah operasi telah selesai dijalankan dan kita berjaya menyelamatkan buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat sekitar 15 ke 20 kilogram.

"Faktor utama kejayaan operasi ini sebab kita berjaya kosongkan kawasan rekreasi ini pada waktu malam,jadi kurang gangguan membuatkan dia termakan dengan umpan ayam segar yang kita letakkan," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini semalam.

Mohd Adib berkata buaya tersebut akan ditempatkan di Paya Indah Wetland,Dengkil,Selangor dan akan melalui proses kuarantin bagi memastikan reptilia itu tidak membawa sebarang penyakit. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap