Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Ringgit kekal disokong dengan baik berikutan pasaran tunggu ucapan Pengerusi Fed

2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,23 Ogos- Ringgit kekal disokong dengan baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila menutup minggu dagangan ini di paras 4.37 pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di Simposium Jackson Hole malam ini untuk lebih pengesahan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah bulan depan.

Pada pukul 6.00 petang,ringgit meningkat kepada 4.3720/3775 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3800 ketika ditutup pada Khamis.

Beliau berkata ringgit terus meningkat dan dalam pada itu,mata wang tempatan juga lebih stabil berbanding beberapa mata wang utama lain termasuk euro,pound British dan dolar Singapura.

Pasaran juga bersedia bagi ucapan Powell malam ini,katanya.

“Ini memerlukan peserta pasaran menjadi lebih teliti,memandangkan jika ucapan itu ternyata tidak menarik,ada kemungkinan dolar AS meningkat semula. Situasi ini perlu dihadapi dengan berhati-hati kerana ringgit telah meningkat sebanyak 0.17 peratus berasaskan minggu ke minggu,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata pasangan dolar AS/ringgit telah melepasi paras rintangan serta-merta RM4.4005 pada Isnin,dan sejak itu,ia telah berlegar sekitar julat RM4.3700 hingga RM4.3800.

“Paras rintangan semasa adalah pada RM4.3000,dan berdasarkan data ekonomi yang positif untuk Malaysia,pasangan mata wang itu dijangkakan bergerak menuju ke arah itu,” katanya.

Pada penutupan dagangan,ringgit lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9914/9956 daripada 3.0051/0082 ketika ditutup pada Khamis,dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8604/8665 daripada 4.8744/8789.

Ringgit naik berbanding pound British kepada 5.7391/7463 daripada 5.7431/7483 semalam.

Pada masa yang sama,ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3410/3454 daripada 3.3474/3507 ketika ditutup semalam,dan lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.76 daripada 7.76/7.78.

Bagaimanapun,ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.1/282.7 daripada 280.4/280.9 pada Khamis,dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.7575/7810 daripada 12.7383/7552.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap