Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

KPM komited pastikan akses pendidikan terbaik di Kedah

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek ketika menghadiri Program Pemukiman Pendidikan JPN Kedah Dan Peluncuran Semarak Merdeka di Alor Setar/ Foto Facebook fadhlina.datosidek

ALOR SETAR,23 Ogos-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk memastikan akses pendidikan terbaik di negeri Kedah.

Perkara tersebut dizahirkan menerusi pelaksanaan 68 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif.

KPM dalam satu kenyataan berkata sejumlah 49 projek telah siap sepenuhnya dan 11 dalam pembinaan.

Manakala 8 lagi berada di peringkat prabina dengan peruntukan keseluruhan RM342,816,591.

Pada tahun 2024,kementerian itu turut memperuntukkan RM47,433,266 untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan di Kedah.

Ia melibatkan sejumlah 829 buah projek di 573 institusi KPM.

“Pendidikan manusiawi memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa mengira latar belakang atau keberadaan mereka..” Kata KPM dalam kenyataan yang disiarkan di laman Sosial Facebooknya.

Kenyataan itu turut dikongsikan Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek yang terdahulu menghadiri Program Pemukiman Pendidikan JPN Kedah Dan Peluncuran Semarak Merdeka di Alor Setar.

Sementara itu,Fadhlina dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata,komitmen melaksanakan pemukiman di setiap negeri adalah untuk memastikan agenda Reformasi pendidikan negara diberikan perhatian penuh.

“Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di atas segala usaha yang dijalankan untuk terus melonjakkan potensi pendidikan anak-anak.

"Antara perkara yang sentiasa menjadi awlawiyat(keutamaan) kami di peringkat pemukiman adalah untuk benar-benar mengambil pendekatan secara "hands on" isu-isu di negeri. Apa sahaja kegusaran pemegang taruh akan dibincangkan secara tuntas dalam sesi ini” katanya.

Menurutnya,beberapa isu seperti keciciran,kemiskinan multidimensi,intervensi kurikulum (yang sedang berjalan di semua peringkat) serta isu-isu pembangunan serta infrastruktur mesti diberikan perhatian.

“Saya umumkan juga pemisahan pentadbiran PPD Kuala Muda/Yan sebagai langkah untuk kita memperkukuhkan tahap efisyen pentadbiran PPD Di negeri Kedah. Begitu juga peranan JPN Kedah dan sekolah jaringan ASPnet yang cukup penting dalam kempen UNESCO kami kerana kekuatan Langkawi yang memiliki tapak geopark UNESCO untuk manfaat dunia pendidikan” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap