Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Libat urus dilaksana, sebelum caj akses grid elektrik diumum - PETRA

2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 Ogos- Caj bagi akses pihak ketiga kepada grid elektrik Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS) masih belum dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Datuk Seri Fadillah Yusof,pihaknya bercadang mengadakan sesi penglibatan dengan pihak berkepentingan pada 22 Ogos ini.

Sesi tersebut bertujuan mengumpulkan maklum balas sebelum membuat keputusan mengenai caj yang bakal dikenakan.

"Kami menjemput semua pihak berkepentingan di belakang pemain industri,agensi kerajaan malahan NGO untuk perkara itu. Dari situ kami akan mendapat semua maklum balas."

"Jadi,kami membentangkan kepada mereka apakah cadangan daripada kerajaan dan daripada 'input' itu nanti kami akan memuktamadkannya sesegera yang boleh dan diharapkan pada bulan September kami dapat mewujudkan semuanya."

"Jadi,akan ada caj yang dikenakan tol la,macam tol yang perlu dibayar. Itulah konsepnya. Jadi,berapa banyak,kita belum muktamadkan sehingga kita mendapat penglibatan semua pemain industri. Kita mendapat 'input' dan sebagainya."

"Kami mempunyai angka itu. Tetapi,kami tidak boleh menerbitkannya sehingga ia dimuktamadkan dan dipersetujui oleh semua sektor," kata Fadillah kepada pemberita,di sini hari ini.

Datuk Seri Fadillah menyatakannya pada sidang media yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) ke-6 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap