Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Rozaid seorang yang dedikasi, komited laksana tugas - Zaliha

2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,19 Ogos- Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO),Allahyarham Rozaid Abdul Rahman seorang yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas.

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa dalam menggambarkan peribadi Allahyarhamyang meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights,petang semalam.

"Kita juga mendoakan supaya keluarga menerima dengan baik pemergian Allahyarham dan diberikan kekuatan untuk menerima takdir daripada Allah SWT.

"Insha-Allah daripada sudut lainnya,kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu keluarga dalam keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu,Norliza Radzi dan tujuh orang anak.

Rozaid yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023 berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun.

Allahyarham pernah menjawat jawatan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Kerjayanya bermula sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Semasa hayatnya beliau pernah mencatat sejarah pada Disember 1989,sebagai wartawan Malaysia yang pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM dan kerajaan Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap