Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Allahyarham Rozaid berdedikasi, komited laksanakan tugas- Fahmi

2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,18 Ogos- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menyifatkan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri,Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang dilaporkan meninggal dunia petang tadi merupakan seorang yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas.

Dalam hantaran di laman Facebooknya,Fahmi menzahirkan rasa sedih apabila menerima khabar pemergian Allahyarham hari ini.

“Allahyarham seorang yang amat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas. Seorang yang ramah,suka membantu rakan-rakan dan sangat dihormati.

"Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media,serta sememangnya dirasai dan ditangisi. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya.

"Takziah kepada seluruh anggota keluarga serta sahabat handai allahyarham. Tenanglah dikau di negeri abadi,” katanya.

Rozaid,59,yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023,meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights,Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.

Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun,wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah,Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap