Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Perolehan gerakan koperasi Pahang terima RM1 bilion

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Exco Hal Ehwal Felda,Koperasi dan Usahawan Pahang,Datuk Amizar Abu Adam (tengah)

TEMERLOH,18 Ogos-Gerakan koperasi di Negeri Pahang mencatatkan rekod cemerlang selepas menerima perolehan lebih RM1 bilion dua tahun lebih awal berbanding tempoh sasaran yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Felda,Koperasi dan Usahawan negeri,Datuk Amizar Abu Adam berkata,sebelum ini gerakan koperasi di Pahang disasarkan mencapai perolehan tersebut pada 2025.

"Terdapat 1,178 koperasi berdaftar melibatkan kira-kira 305,000 ahli dengan aset bernilai RM1.5 billion dan ia satu pencapaian yang tinggi.

Syer anggota pula mencecah RM450 juta dan jumlah perolehan telah mencapai RM1.07 bilion sekali gus mencatatkan satu pencapaian baik dan perlu dikekalkan selain terus meningkat," katanya",katanya sedemikian pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Besar,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Amran Abd Kadir dan Pengarah SKM Pahang,Ibrahim Husain.

Dalam pada itu,beliau juga mengingatkan gerakan koperasi di Pahang agar berhati-hati dengan sebarang pelaburan jangka pendek dan panjang untuk mengelakkan daripada sebarang kerugian dan implikasi negatif.

Pada majlis itu,turut berlangsung penyampaian anugerah koperasi terbaik mengikut sektor antaranya Anugerah Koperasi Terbaik Keseluruhan Pahang yang dimenangi oleh Koperasi Serbaguna Dara Berhad.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap