Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

200 peserta menyertai Sepak Penalti Tertutup, meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan

2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Peserta yang menyertai Pertandingan Sepak Penalti Tertutup Parlimen Padang Besar

MATA AYER,10 Ogos-Seramai 200 peserta menyertaiPertandingan Sepak Penalti Tertutup Parlimen Padang Besar antara program dilaksanakan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di Perlis.

Ia mewakili 40 pasukan untuk merebut kejuaraan dalam pertandingan kali ini.

Penasihat GiatMARA Padang Besar Azizan Sulaiman berkata,pelaksanaannya untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara.

"Program ini juga bagi membentuk golongan belia yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam pasukan selain membudayakan gaya hidup sihat dan cergas sepanjang masa.

"Selain itu juga,program ini juga bagi meningkatkan jati diri,memperkukuhkan perpaduan serta menanam sikap patriotik berikutan pelaksanaannya dibulan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Sepak Penalti Tertutup Padang Besar,anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Padang Besar dan Gerakan Belia 4B Padang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer di sini.

Program sebegini diharap dapat dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan parlimen dalam kita mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara penduduk di samping mencungkil bakat anak-anak muda dalam permainan bola sepak.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00,naib johan sebanyak RM350 serta tempat ketiga sebanyak RM250 manakala tempat ke-4 hingga 10 masing-masing akan menerima RM50.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap