Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Pelaburan langsung domestik, enam GLIC labur RM120 bilion

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

PUTRAJAYA,8 Ogos- Enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) secara kolektif akan melabur RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF),komitmen pelaburan di bawah fasa pertama program GEAR-uP itu,menyasarkan industri berpertumbuhan dan bernilai tinggi seperti peralihan tenaga serta semikonduktor.

"Enam GLIC terlibat ialah Khazanah Nasional Berhad,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) KWAP,Permodalan Nasional Berhad (PNB),Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan keseluruhan negara diperlukan bagi mencapai sasaran-sasaran kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau menyatakannya selepas taklimat di GEAR-uP Gallery Walk di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya,semalam.

Tambahnya,menerusi program itu GLIC akan meningkatkan tumpuan kepada pelaburan tempatan.

Modal dilabur juga akan memanfaatkan semua rakyat serta melahirkan ekosistem ekonomi baharu.

GLIC turut mempunyai daya kewangan bagi melonjakkan negara dalam rantaian nilai ekonomi.

Ia disokong jumlah Aset di Bawah Pengurusan bernilai lebih RM1.8 trilion,menghampiri saiz keluaran dalam negara kasar nominal.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap