Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR,30 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha untuk memadankan pakar-pakar perubatan seiring dengan pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan setempat.

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan itu dibincangkan menerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan KKM yang dipengerusikannya semalam.

“Ada rakan-rakan yang berpesan agar pakar-pakar perubatan yang dilatih nanti dapat dipadankan seiring dengan pembangunan infrastruktur.

“Insya-Allah,saya akan pastikan dua perkara. Pertama pembangunan infrastruktur adalah selari keperluan setempat.

“Saya akui banyak kawasan mengalami kesesakan,fasiliti daif atau kedua-duanya,namun ini sedang ditangani. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak,malah di Johor dan Kelantan jua,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau berkata perkara kedua adalah menangani masalah agihan sumber manusia yang tidak sekata dengan memastikan perancangan dan agihan sumber adalah selari dengan pembangunan infrastruktur serta keperluan di akar umbi.

“Bukan kerja sehari dua,namun dengan doa dan sokongan semua,kita akan laksanakan,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap