Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Masa hadapan msm meneruskan penurunan

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,24 Julai- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Rabu,terjejas oleh jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang,kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit,David Ng menjelaskan pasaran menjangkakan lonjakan pengeluaran bulan ini selepas data Persatuan Pengilang-Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan pengeluaran di selatan Semenanjung Malaysia naik 17.8 peratus bagi tempoh 1-20 Julai berbanding tempoh yang sama bulan sebelum ini.

“Kami melihat sokongan pada paras RM3,850 dan rintangan pada RM4,000,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 susut RM20 kepada RM3,992 satu tan,September 2024 turun RM39 kepada RM3,949 satu tan dan Oktober 2024 merosot RM44 kepada RM3,925 satu tan.

November 2024 adalah RM43 lebih rendah kepada RM3,912 satu tan,Disember 2024 jatuh RM39 kepada RM3,914 satu tan dan Januari 2025 susut RM35 kepada RM3,926 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 71,404 lot berbanding 47,003 lot yang disaksikan semalam,kepentingan terbuka berkembang kepada 221,901 kontrak daripada 217,401 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan mencatatkan penurunan sebanyak RM20 kepada RM4,040 satu tan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap