Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Malaysia kutuk serangan rejim Israel di kem pelarian Al-Mawasi

2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Serangan terbaharu rejim Israel mengorbankan lebih 70 nyawa manakala 289 lagi cedera termasuk golongan wanita dan kanak-kanak/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,14 Julai - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh rejim Israel yang menyasarkan rakyat Palestin,termasuk serangan udara di kem pelarian Al-Mawasi semalam.

Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini berkata,serangan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di zon selamat yang telah ditetapkan oleh Israel untuk rakyat Palestin.

"Ini jelas merupakan suatu pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

"Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa," katanya.

Tambahnya,Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan serta kekejaman berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis.

"Keganasan berterusan ini secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024),yang menyeru untuk menghentikan segera peperangan,melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza," katanya.

Kementerian Luar turut meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan berkenaan serta menuntut pemimpin Israel untuk bertanggungjawab ke atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan itu.

Semalam,Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan serangan itu mengorbankan lebih 70 terkorban manakala 289 lagi cedera termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap