Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

Situasi geopolitik semasa peluang tingkat pengeluaran rantaian nilai

2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,26 Jun- Usaha meningkatkan pengeluaran dalam rantaian nilai bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan industri semikonduktor.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,negara harus mengambil peluang dalam situasi geopolitik bagi memastikan usaha itu direalisasi.

"...kerana perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Jadi syarikat yang terlibat akan memperuntukkan semula dan menyusun rantaian bekalan mereka.

"Bagaimanapun,kita perlu tahu kita berada di mana. Kita agak kukuh di belakang,kira-kira enam peratus,kita akan beralih ke reka bentuk litar bersepadu (IC)," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Semikon: Menawan Pasaran 1 Trillion Dolar Amerika di Siri Fokus Stratum Bursa Malaysia-Hong Leong Investment Bank di ibu negara.

Walaupun negara bergerak agresif dalam memastikan hasrat tersebut tercapai,pihaknya akan memastikan tiga fasa dipenuhi sebagai penanda aras keberhasilannya.

Ini termasuk asas yang kukuh,menarik pelaburan langsung asing daripada firma terkemuka dan menggalakkan inovasi di kalangan pemain industri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap