Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

180,000 kenderaan barangan belum mohon 'Fleet Card' diesel bersubsidi

2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Fuziah Salleh /Foto RTM

NIBONG TEBAL,20 Jun-Kira-kira 180,000 kenderaan barangan masih belum memohon mendapatkan Fleet Card menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Fuziah Salleh berkata ia berpunca kerana penerima tidak mengetahui mereka layak membuat pemohonan tersebut.

"Mungkin yang belum berdaftar ingat mereka tak layak atau hanya punya satu,dua kenderaan dan rasa susah. Sebenarnya,walaupun satu,dua atau tiga kenderaan pun layak,tak perlu ada 20 kenderaan dalam syarikat.

"Asalkan mereka termasuk dalam 23 kategori kenderaan mengangkut barang yang tersenarai," katanya menasihatkan pemohon dalam 23 kategori itu tidak bimbang memandangkan mereka yang memohon akan mendapat kelayakan serta-merta",katanya ketika ditemui pemberita pada Program Bijak Belanja Pengguna dan Jualan Rahmah MADANI Peringkat Pulau Pinang di Bandar Tasek Mutiara,di sini hari ini.

Mengenai permintaan Persatuan Pemilik-pemilik Lori Sampah Pulau Pinang untuk memasukkan lori jenisRigid-Roll on Roll Off(RORO) dalam sistem MySubsidi Diesel,Fuziah berkata setakat ini kerajaan masih kekal dengan senarai 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak.

“Sekiranya ada kenderaan yang tidak termasuk dalam 33 kategori itu,kita masih buka ruang untuk mereka buat rayuan dan jawatankuasa rayuan akan teliti setiap permohonan.

“Sebaiknya jika ada masalah,saya cadangkan supaya lebih baik tulis surat dan kita boleh adakan sesi libat urus antara persatuan dengan kementerian,berjumpa secara bersemuka supaya boleh bincang secara lebih mendalam dan cari penyelesaian terbaik,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap