Rumah jenama kereta Berita Teknologi Maklumat perniagaan Berita antarabangsa Urus niaga harta tanah Komuniti kewangan Permainan Hiburan Kehidupan Fesyen Pendidikan Anak Ibu bapa-anak Sukan Kesihatan Makanan Hotel Cerdas

BRICS bawa manfaat ekonomi kepada negara - Zafrul

2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

SHAH ALAM,18 Jun- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi organisasi antara kerajaan,Brazil,Rusia,India,China dan Afrika Selatan (BRICS) juga boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,setakat ini,perkembangan mengenai penyertaan negara dalam blok itu berjalan lancar.

"Malaysia terbuka untuk menyertai BRICS kerana ia boleh membawa pelbagai manfaat dr segi ekonomi. Beberapa negara seperti Saudi,Mesir,Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah menyertai BRICS.

"Buat masa ini perkembangan BRICS lancar,jadi kita tunggulah,perbincangan selanjutnya," katanya selepas melancarkan kilang pemasangan Chery Malaysia di sini.

Menurut Zafrul Malaysia mempunyai 15 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang meliputi platform perdagangan dua hala dan pelbagai hala termasuk Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) dan ASEAN.

Dalam pada ituBeijing dan Kuala Lumpur dijadual memeterai kitaran kedua Program Kerjasama Lima Tahun bagi Ekonomi dan Perdagangan sempena lawatan berkenaan.

Ia melibatkan sektor utama seperti pembuatan peringkat tinggi dan ekonomi digital,robotik serta syarikat pemula niaga.

"Lima tahun kerjasama baharu yang komprehensif sebab yang sebelum ini dah tamat. Ini kesinambunganuntuk lima tahun lagi kerana negara China merupakan rakan dagang utama," katanya.

Tambahnya,dua lagi memorandum persefahaman akan turut dimeterai,berkaitan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital dan pembangunan hijau.

Perdagangan Malaysia dan China membentuk 17.1 peratus daripada perdagangan global negara,berjumlah RM450.84 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Perniagaan Melayu   Stok, sekuriti, pengurusan kewan   Hubungi kami   SiteMap